mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Azrina *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Plantation Technology And Management

Krubong, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan Cikgu Azrina. Saya mempunyai Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di UKM dan Sarjana Muda Sains Teknologi dan Pengurusan Perladangan di UiTM Jasin. Saya juga merupakan lepasan Kolej Matrikulasi Gopeng dan MRSM Terendak.Saya mempunyai pengalaman mengajar pelajar di sekolah-sekolah kerajaan sebagai guru ganti dan pusat tuisyen. Subjek yang saya ajar ialah subjek Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Sejarah. Saya berpengalaman merancang sesi pengajaran berfokus pada objektif pencapaian kefahaman murid supaya saya dapat memastikan murid dapat memahami subtopik pelajaran dengan baik. Saya sentiasa menarik minat pelajar untuk memahami lalu meminati subjek yang dipelajari supaya mereka seronok belajar.
Teknik Pengajaran
Saya banyak menggunakan formula ringkas dan kepelbagaian modul supaya pelajar dapat mengaplikasikan kefahaman mereka. Saya juga akan memberikan contoh kertas soalan format sebenar supaya pelajar akan lebih peka dengan format dan dididik teknik menjawab soalan yang betul. Perkongsian pengetahuan am secara berterusan ketika pengajaran juga saya selalu terapkan supaya pelajar dapat membuat hubungkait dengan baik iaitu kemahiran yang ditekankan dalam pendidikan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Darjah 6
Sains Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 2
Sejarah Tingkatan 1