Profile Picture

Luqmanul Hakeem *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Keusahawanan (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Luqmanul Hakeem, saya merupakan lepasan Diploma Keusahawanan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim. Saya mempunyai objektif dan impian untuk berkongsi ilmu dan teknik yang telah dipelajari sejak daripada bangku sekolah kepada para pelajar yang bakal menduduki ujian dan peperiksaan. Saya yakin dengan ilmu, didikan dan bimbingan yang diperoleh daripada tenaga pengajar di UPSI dan guru-guru daripada Sekolah Dato’ Abdul Razak, saya akan dapat memberikan sokongan yang baik kepada pelajar-pelajar.
Teknik Pengajaran
Saya amat mementingkan interaksi antara pelajar dengan guru kerana saya yakin hubungan yang baik antara guru dan pelajar akan dapat mengekalkan keseronokan ketika belajar. Saya juga yakin akan dapat menyesuaikan teknik dan kaedah pembelajaran mengikut kesesuaian pelajar. Saya juga akan mengaplikasikan teknik didik hibur seperti bermain permainan minda bagi mencapai objektif pembelajaran tanpa tekanan.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 4
Matematik Darjah 3, Darjah 4