Profile Picture

Nabila Huda *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor In Communication Engineering (Hons)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Sungai Buloh, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Bella. Saya sedang bertugas sebagai seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah di sekitar Saujana Utama, Sungai Buloh. Selain itu, saya mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga 5 sejak dari tahun 2018 lagi. Saya berpeluang mengikuti pelbagai kursus pembinaan item, penskoran dan penandaan soalan peperiksaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2019. InsyaAllah dengan pengalaman dan kepakaran yang saya ada, semoga dapat memberi manfaat kepada ramai pelajar yang masih memerlukan bimbingan secara lebih mendalam dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya.
Teknik Pengajaran
Bagi membantu pelajar lebih memahami kepelbagaian komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan silibus KSSM, pelbagai pendekatan boleh diambil contohnya seperti permainan bahasa, improvisasi, soal jawab dan sebagainya. Teknik yang akan digunakan bergantung kepada tahap penguasaan seseorang murid. Saya lebih suka memberi penerangan sambil membuat latihan secara bimbingan berpusat kepada murid. Di samping itu, saya akan lebih menfokuskan pembelajaran secara dua hala.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3