Profile Picture

Muhammad Zulhilmi *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Islamic Revealed Knowledge And Heritage In Arabic Language And Literature (International Islamic University Malaysia)

Gombak, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Zul. Saya merupakan seorang tutor Bahasa Arab yang berpengalaman mengajar selama hampir 3 tahun iaitu sejak 27 Mac 2021 hingga sekarang. Saya juga merupakan tutor yang mengajar Al-Quran dan tafsir lebih daripada 2 tahun iaitu sejak 3 September 2021 hingga sekarang. Saya juga berpengalaman menjadi guru ganti Bahasa Arab di sebuah sekolah kerajaan selama tiga bulan iaitu dari 6 April 2021 hingga 6 Julai 2021. Saya juga menjalani latihan industri sebagai guru Bahasa Arab di sekolah yang sama selama lebih kurang tiga bulan iaitu dari 10 Jun 2019 hingga 6 September 2019. Sekiranya mahu anak anda mahir membaca Al-Quran dan pandai Bahasa Arab, hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Bagi pengajaran Al-Quran, saya menggunakan teknik pengulangan cara menyebut makhraj huruf dan cara membaca hukum-hukum tajwid yang lain. Saya juga akan menggunakan teknik transliterasi agar pelajar lebih faham akan cara membaca hukum-hukum tajwid yang tertentu.

Untuk pengajaran Bahasa Arab, saya memperkenalkan pelbagai formula bagi memudahkan pelajar mengingat tatabahasa Arab (Nahw dan Sarf). Saya juga menggunakan Kahoot sebagai alat bantu mengajar yang interaktif bagi membantu pelajar mengingat kosa kata Bahasa Arab.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Bahasa Arab Tingkatan 5, Tingkatan 4, STPM - Tingkatan 6, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Universiti - Diploma, Cambridge - Tahun 11, Cambridge - Tahun 10, Cambridge - Tahun 9, Cambridge - Tahun 8, Cambridge - Tahun 7, KAFA - Darjah 5
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah Tingkatan 5, Tingkatan 4
Bahasa Arab - Third Language Tingkatan 5, Tingkatan 4, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Al-Adab wa Al-Balaghah Tingkatan 5, Tingkatan 4
Turath Bahasa Arab Tingkatan 5, Tingkatan 4
Tajwid KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Lughatul Quran KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Mengaji - Iqra Darjah 6