Assalamualaikum. Saya cikgu Kamil. Saya merupakan guru yang mengajar di sekolah rendah. Saya menerima pelajaran di IPGM. Dengan pengalaman selama 8 tahun mengajar di sekolah rendah, menjadi tutor adalah sebagai satu batu loncatan untuk saya mengembangkan kemahiran saya. Saya banyak terlibat dengan penggubalan soalan, menjadi hakim Karnival Bahasa Melayu peringkat daerah dan pengalaman mengajar murid bermula tahun 1 hingga tahun 6. Saya akan berusaha sehabis baik untuk memastikan anak-anak murid betul-betul faham dan mahir dengan kemahiran yang diajar serta boleh mendapat keputusan yang lebih baik.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan ICT seperti powerpoint dengan tulisan berwarna supaya murid mudah faham. Pendekatan seperti formula turut digunakan ditambah dengan lembaran kerja mudah untuk murid. Urutan mengajar bermula set induksi hingga penutup turut dititikberatkan dalam pengajaran saya.