Profile Picture

Nurul Atikah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Human Sciences Psychology In International Islamic University Malaysia

Masjid Tanah, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustazah Atikah. Saya seorang guru dan tutor yang berpengalaman selama 8 tahun dalam pendidikan menengah dan rendah. Subjek Pendidikan Islam , Pengajian Al-Quran serta Ulum Syariah Ibadah dan Aqidah bagi UPKK adalah subjek utama saya dalam bidang pendidikan. Berkebolehan dalam penyusunan rancangan pengajian sepanjang tahun menjadikan saya seorang pendidik yang mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing serta cemerlang. Saya juga merupakan panel penggubal soalan UPKK tahun 2022-2023. Saya juga sering memberi ceramah motivasi serta keagamaan di sekolah-sekolah daerah saya. Saya berkemahiran dalam membantu pelajar meningkatkan prestasi diri serta keyakinan diri dan membentuk jati diri sendiri. Nak anak-anak cemerlang dan berdaya saing serta berakhlak tinggi? Hubungi saya segera.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang pendidikan, saya banyak menerapkan pelbagai teknik pengajaran yang menarik dan bersesuaian mengikut keupayaan murid. Saya menggunakan teknik ajuk hafaz untuk Pengajian Al-Quran serta saya mencipta formula sendiri bagi memudahkan pelajar menghafal dan memahami setiap subjek yang dipelajari. Penggunaan peta minda dan kad imbasan adalah antara keedah yang saya gunakan untuk menarik pelajar memahami dan berminat dengan subjek yang dipelajari. Kejayaan dan kemenjadian murid serta mampu melahirkan murid yang beradab mulia dan berakhlak tinggi adalah kejayaan bagi saya sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Ulum syariah - Akidah KAFA - Darjah 5
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 5
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 5
P. Islam Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Mengaji - Iqra Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
UPKK Darjah 5
Syariah Islamiah Tingkatan 1