Profile Picture

Nurul Barorah *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Degree In Medicine ( Universiti Sumatera Utara , Medan, Indonesia)

Cheras, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nurul. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Subjek bahasa Melayu dan sains merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik merupakan subjek minor. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 2 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Penilaian & Maklumbalas

Hjh Yuslida Othman : Bahasa Melayu

tutor mengajar dengan baik

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5