Profile Picture

Abul Khairi *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Mechanical Engineering (Universiti Teknologi Malaysia)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Telah Bergraduasi)

Senawang, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Abul Khairi Bin Suhaimi. Saya merupakan graduan baharu tahun 2023 lepasan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) megambil ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan mekanikal ingin menjinak-jinakkan diri dalam kerjaya sebagai seorang pengajar. Saya pernah mengambil peperikasaan Cambridge IGCSE di MRSM Alor Gajah dan A Level di Kolej MARA Seremban. Saya menyediakan khidmat tutor mengajar subjek matematik dan matematik tambahan. Pencapaian saya ialah saya telah berjaya mendapatkan semua A dalam SPM megambil sains tulen dan matematik tambahan sebagai subjek elektif dan mendapat 14 daripada 15 points dalam A Level. Saya gemar berkongsi ilmu yang saya ada dan membantu pelajar-pelajar dalam memahami subjek-subjek yang sukar. Saya boleh megajar dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Jika saya dipilih sebagai tutor, saya akan memastikan mereka faham semua perkara yang mereka tidak fahami dan memastikan mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah latih tubi dan membantu mereka memahami bahagian yang mereka kurang faham. Melalui latihan yang mereka buat, saya akan mengenalpasti bahagian-bahagian yang mereka kurang faham dan memberikan tumpuan terhadap topik-topik yang mereka lemah. Saya juga akan memastikan mereka memahami sepenuhnya topik-topik yang mereka lemah dengan memberikan panduan dan dorongan sehingga mereka memahami sepenuhnya topik-topik tersebut. Untuk memastikan persediaan dalam menghadapi peperiksaan mencukupi, saya akan membiasakan mereka dengan format-format peperiksaan dan mengongsikan ilmu bagaimana untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.
Penilaian & Maklumbalas

Puan Norhafizah : Matematik

Anak mudah faham

Nur Mazimah : Matematik Tambahan

So far so good

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 5, Tingkatan 4