Profile Picture

Mohamad Irwan *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Matematik Pendidikan Rendah/institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Petaling Jaya, Selangor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Mohamad Irwan. Sekarang saya mengajar di salah sekolah kebangsaan dan pernah mengajar di salah sebuah pusat tuisyen. Saya merupakan graduan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dalam bidang Matematik Pendidikan Rendah. Saya mempunyai pengalaman mengajar untuk subjek matematik calon UPSR selama 8 tahun. Bagi pelajar yang baru, saya akan mengenal pasti titik kelemahan mereka dan memberi perhatian khusus terhadap titik kelemahan tersebut. Pada kebiasaannya saya akan menyediakan dan memberi soalan-soalan dan melakukan perbincangan secara bersama. Selain itu, saya juga sering menyuntik semangat motivasi kepada pelajar supaya mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Bagi saya, motivasi dan pembelajaran perlu seiring untuk melahirkan pelajar yang cemerlang.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang pendidikan khususnya sekolah rendah Tahun 5 dan Tahun 6. Saya menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan keupayaan murid. Saya menggunakan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan kefahaman murid.
saya akan mengenal pasti titik kelemahan mereka dan memberi perhatian khusus terhadap titik kelemahan tersebut. Pada kebiasaannya saya akan menyediakan dan memberi soalan-soalan dan melakukan perbincangan secara bersama.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4