Profile Picture

Syafiqah Binti *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Business Administration

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Kota Damansara, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Ms Syafiqah. Saya mempunyai pengalaman selama 1 tahun dalam mengajar subjek KAFA dan juga subjek akademik terutamanya Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk pelajar sekolah rendah.

Selain itu, saya juga mempunyai 1 tahun pengalaman dalam menjadi tutor untuk subjek Sejarah, Prinsip Akaun dan Ekonomi untuk pelajar sekolah menengah.

Saya juga mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam mengajar anak kecil dan dewasa untuk mengaji dari Iqra sehingga Al-quran, dan mempunyai beberapa pelajar yang berjaya membaca Al-quran dengan baik setelah belajar secara konsisten bersama saya selama 3 bulan secara intensif.

Saya sangat memberi penekanan kepada pelajar-pelajar saya untuk mempunyai disiplin dalam mempelajari subjek agama dan Al-Quran supaya pelajar mampu mengaji dengan baik dan menguasai kemahiran mengaji dengan tajwid yang betul.

Selain itu, saya juga akan menggunakan gaya pembelajaran yang menarik dan interaktif untuk pelajaran akademik supaya pelajar mudah memahami sesuatu topik dengan baik.

Jadikan saya tutor anda hari ini!

Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik peta minda dan nota ringkas yang menarik dan mudah difahami samada di kelas online mahupun kelas fizikal. Saya juga akan sedaya upaya membantu pelajar untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan konsep yang mudah untuk diingati dan dihafal.

Untuk Iqra dan Al-Quran, saya akan memberi penekanan pada asas tajwid dan memudahkan pelajar untuk memahami asas tajwid supaya pelajar dapat dengan mudah mahir membaca Al-quran dengan lancar dan mengenal pasti hukum asas tajwid dengan mudah. Saya amat memberi penekanan untuk setiap pelajar saya memahami asas tajwid dengan mahir dengan asas pembelajaran Iqra’ sebelum terus membaca Al-Quran. Sesi pembelajaran Al-Quran dengan saya akan diselitkan dengan tadabbur, sirah dan perkongsian ayat Al-Quran supaya pelajar lebih mencintai dan seronok belajar Al-Quran.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sirah KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Tajwid KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5
Hafazan KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5
Mengaji - Iqra Dewasa, Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6, Tadika
Adab dan Sirah KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5