Profile Picture

Nur Intan *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ismp Bahasa Melayu (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Seremban, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, saya Cikgu Intan. Saya merupakan seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah yang terdapat di Seremban. Saya telah mengajar selama tiga tahun di sekolah tersebut dan saya mengajar murid tingkatan empat dan lima. Saya juga berpengetahuan luas tentang silibus buku teks tingkatan empat dan lima, format peperiksaan SPM dan cara penandaan SPM. Selain itu, saya juga berkemahiran dalam pembinaan soalan-soalan bahasa Melayu kertas 1,2,3 dan 4 berdasarkan format terkini SPM. Seiring dengan pembelajaran murid yang berkesan, psikologi murid-murid juga amat saya fokuskan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembelajaran yang berkesan memerlukan kestabilan emosi dan kecenderungan murid-murid yang stabil. Jika ibu bapa menginginkan kejayaan anak-anak dalam SPM khususnya dalam subjek Bahasa Melayu, sila hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Pengalaman serta kemahiran yang telah diperolehi sejak saya berada di universiti sehingga saya bekerja sebagai seorang guru di sekolah telah menguatkan teknik-teknik pengajaran sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Pelbagai teknik-teknik yang menarik telah saya pelajari dan diaplikasikan semasa pdpc berlangsung antaranya role model, gallery walk, pair and think dan banyak lagi. Teknik pengajaran yang berkesan mampu menjadikan pembelajaran lebih seronok dan komunikasi dua hala aktif berlaku. Keseronokan dan kejayaan amat saya terapkan dalam diri murid-murid saya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5