Profile Picture

Nur Izzati *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Sedang Belajar)

Padang Serai, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Nur Izzati, merupakan seorang tutor yang berdedikasi. Saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Setiap kerja lapangan yang saya lakukan, saya perlu mengajar murid-murid sekolah yang berdekatan dengan tempat pengajian saya. Saya suka membantu murid-murid saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang baik tetapi tegas dalam pelajaran. Saya akan sentiasa memastikan murid-murid saya mencapai objektif yang ditetapkan. Saya juga pandai mengambil hati murid-murid supaya mereka tidak bosan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya suka menggunakan kaedah didik hibur seiring dengan peredaran zaman. Kaedah didik hibur mampu menarik minat murid-murid saya untuk belajar dan kekal fokus. Kaedah yang saya gunakan juga mampu melahirkan murid yang menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran bahasa, komunikasi, penyelesaian masalah dan sebagainya. Saya juga suka menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar. Bahan bantu mengajar yang saya gunakan mampu merangsang pemikiran murid. Contoh bahan bantu mengajar yang saya gunakan ialah kad pintar, papan magnetik dan banyak lagi.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BM Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3