Profile Picture

Muhammad Faris *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi Dengan Kepujiaan (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Tanjong Malim, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan tutor yang bersemangat tinggi dan tidak pernah berputus asa dalam memberikan ilmu kepada pelajar saya. Saya akan sentiasa mencari ilmu-ilmu baharu dalam pengajaran atau tips-tips peperiksaan agar tidak ketinggalan. Saya juga seorang yang sangat baik dan peramah terhadap pelajar saya. Saya merupakan seorang yang sentiasa memberikan senyuman kepada pelajar yang mana saya yakin dengan semangat yang posotif ini saya akan membantu pelajar untuk lebih bersemangat semasa di dalam kelas. Saya sentiasa memberikan motivasi dari segi pujian kepada pelajar serta tidak mengeluarkan kata yang menyindir. Saya juga akan berusaha sedaya upaya saya untuk menarik minat pelajar saya agar sentiasa fous semasa saya mengajar. Saya juga tidak lokek untuk memberikan tunjuk ajar sekiranya pelajar bertanyakan soalan kepada saya. Malahan saya akan cuba memberikan jawapan yang terbaik. Saya juga mempunyai pengalaman dalam mengajar di mana saya mengajar subjek bidang pengajian saya iaitu geografi dengan sejarah selama 2 bulan. Saya juga pernah menjadi guru mengajar Iqra selama 5 bulan. Jadi pilih lah saya sebagai tutor anda.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan kaedah pengajaran didik hibur agar menarik minat pelajar. Saya akan menggunakan teknik pengajaran "game based learning" iaitu pengajaran yang menggunakan permainan semasa saya mengajar seperti menggunakan kahoot, Quizziz, bernyanyi dan pelbagai lagi. Saya akan cuba menggunakan pelbagai teknik-teknik pengajaran abad ke-21 yang bersesuaian seperti Saya juga akan memberikan tatabahasa yang baharu serta akronim agar memudahkan pelajar mengingat. Saya juga akan menyediakan pelbagai soalan agar pelajar terbiasa dengan soalan-soalan peperiksaan. Saya juga akan sentiasa mencari kaedah-kaedah yang mudah untuk pelajar menjawab soalah-soalan peperiksaan. Di mana, saya akan menggunakan buku-buku peperiksaan yang lepas supaya pelajar mengetahui format soalan serta jawapan yang diinginkan. Saya juga akan sentiasa menggalakkan pelajar untuk menjawab soalan-soalan KBAT supaya pelajar mudah mendapat markah. Saya juga akan menggunakan kaedah didik hibur agar pelajar sentiasa berasa seronok semasa di dalam kelas. Di mana, saya tidak terlampau serius semasa saya mengajar dan cuba menyelitkan unsur-unsur kecindan semasa mengajar. Saya juga akan cuba mendapatkan maklumat terlebih dahulu daripada pelajar dari segi kelemahan mereka dalam sesuatu subjek serta cara pembelajaran mereka sama ada visual, auditori atau kinestetik. Hal ini agar saya mudah mencari langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar serta saya menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan mereka. Jadi ambillah sebagai guru tutor anda. :)
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, STPM - Tingkatan 6
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 4