Profile Picture

Faizan Iza *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Doktor Falsafah(phd) - Phd Pengurusan Sumber Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Ipoh, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Dr.Iza. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya juga berpengalaman memberi bimbingan peribadi kepada pelajar yang sedang melakukan penyelidikan.Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris, sains dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 5 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek bahasa Melayu dalam 50 sesi kelas setahun merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2019. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Darjah 6
Membaca - BM Tingkatan 5
Bahasa Melayu Tingkatan 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Darjah 6
Sains Tingkatan 5, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 5, Darjah 6
Geografi Tingkatan 5, Darjah 6
Ekonomi Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 5
Pengajian Keusahawanan Tingkatan 5