Profile Picture

Nurul Aishah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Grafik & Multimedia) Dengan Kepujian)

Universiti Malaysia Pahang (Kuantan) (Telah Bergraduasi)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan penganalisis data yang mempunyai pengalaman menjadi tutor membantu membuat kerja sekolah kebangsaan dan sekolah kafa serta mengajar membaca Al-Quran. Saya juga pernah menjadi guru tuisyen mengajar membaca untuk murid berumur lima ke tujuh tahun. Saya pernah mengajar subjek matematik tingkatan 3 secara percuma untuk anak-anak kurang berkemampuan. Selain itu, saya membantu membuat kerja sekolah subjek asas sains komputer (coding) untuk pelajar tingkatan 4 dan membantu seorang pelajar tahun 1 IPTA membuat coding untuk kerja kursus. Saya mempunyai pengalaman mengajar anak murid daripada pra-sekolah hingga peringkat universiti. Namun begitu, saya lebih cenderung untuk mengajar subjek matematik, matematik tambahan, dan asas sains komputer untuk pelajar sekolah menengah sahaja.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan teknik pengajaran soal jawab, dialog, dan latih tubi. Walaubagaimanapun, teknik pengajaran saya berubah mengikut keadaan dan keselesaan anak murid.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Komputer Tingkatan 4, Tingkatan 5