Profile Picture

Siti Nurhaibah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Perakaunan)

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Telah Bergraduasi)

Marang, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, saya Cikgu Nurhaibah! Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman dan sehingga kini, saya masih aktif sebagai seorang tutor khususnya bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Berbekalkan pengalaman dalam dunia pendidikan, saya berkemahiran dengan format & silibus terkini dan mampu menghasilkan corak pembelajaran yang mudah untuk difahami. Rata-rata pelajar berpendapat saya adalah seorang guru/tutor yang mesra & mudah untuk didekati. Meskipun dalam kelembutan, saya tetap tegas bagi memastikan anak didik saya mencapai matlamat yang diinginkan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Berbekalkan pengalaman, saya banyak menerapkan unsur-unsur pembelajaran yang menarik bergantung kepada tahap dan keupayaan pelajar. Penyediaan ‘Slide’ khususnya bagi sesi pengajaran atas talian adalah satu kepastian bagi saya untuk memastikan setiap input yang dipelajari dapat dihadam dengan lebih jelas oleh pelajar. Setiap sesi pengajaran juga akan diselitkan dengan aktiviti pengukuhan sama ada berpandukan soalan latihan atau menggunakan aplikasi Kahoot, WordWall & Quizziz untuk mengukur tahap pemahaman pelajar. Adakalanya, pendekatan peta minda diaplikasikan bergantung kepada keperluan subjek.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Ekonomi Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4