Profile Picture

Afifah Amni *******

(Online & Physical)

Asasi/a-level - Kejuruteraan Dan Sains Komputer

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gambang) (Ongoing Study)

Pasir Puteh, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam sejahtera, saya seorang tutor dan ingin saya perincikan lagi “seorang pemudah cara”kepada anak-anak didik saya. Saya berpegang kepada prinsip bahawa setiap anak didik adalah unik dan memerlukan pendekatan yang berbeza untuk mencapai potensi terbaik mereka. Dengan latar belakang dalam aliran sains dan sebagai penuntut dalam bidang kejuruteraan IT/Komputer, saya membawa pengetahuan yang luas dan mendalam dalam setiap sesi pengajaran sesuai dengan peredaran media massa hari ini.

Saya sangat mahir dalam mata pelajaran Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris, dan mampu mengajar pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Setiap pelajaran direka untuk menginspirasikan minat dan memahami konsep-konsep penting secara mendalam.

Selain daripada itu, pengalaman saya sebagai guru tuisyen telah membekalkan saya dengan pelbagai teknik pengajaran yang berkesan dan interaktif. Saya juga boleh membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran membaca, memastikan mereka mendapat asas yang kukuh dalam kemahiran literasi.

Sebagai seorang pemudahcara, saya berusaha untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang positif dan menyokong, di mana setiap pelajar merasa dihargai dan didorong untuk terus berusaha. Sertai saya dalam perjalanan pembelajaran yang menakjubkan ini dan mari kita capai kejayaan bersama!

Teaching Method(s)
Kaedah pembelajaran saya berfokus kepada pendekatan individu di mana saya menilai keperluan dan keupayaan setiap pelajar serta menyesuaikan teknik pengajaran mengikut gaya pembelajaran mereka. Saya mengamalkan pembelajaran interaktif dengan menggunakan soalan dan aktiviti untuk menggalakkan pemahaman, serta melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Latihan dan pengulangan juga diberikan secara berkala untuk memperkukuh pemahaman dan memastikan pengekalan maklumat. Sokongan dan motivasi adalah elemen penting dalam kaedah saya, di mana saya memberikan sokongan moral dan galakan secara berterusan, serta mencipta persekitaran pembelajaran yang positif dan menyokong.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Membaca - BM Tadika
Bahasa Inggeris Darjah 3, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 3
Matematik Darjah 5, Tingkatan 3