Profile Picture

Nur Faziera *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Perakaunan

Universiti Malaysia Terengganu (Sedang Belajar)

Karak, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berwawasan tinggi dan bersemangat dalam mendidik pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Saya juga telah mempunyai pengalaman mengajar pelajar daripada pelbagai peringkat umur sebelum saya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ini. Subjek Prinsip Perakaunan merupakan subjek major saya, manakala Matematik, Perniagaan, Ekonomi dan Bahasa Melayu merupakan subjek minor. Saya mempunyai pelbagai skill dalam penggunaan IT, Software, Microsoft Office, Canva dan lain lain lagi untuk menarik minat pelajar. Saya juga mampu mendorong pelajar dalam penyusunan jadual yang lebih efektif demi mencapai matlamat mereka semua. Saya juga akan membantu serta melayan pelajar seperti adik saya sendiri supaya mereka dapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Jom belajar dengan saya!
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Saya akan menyediakan format dan formula akronim supaya pelajar boleh menghafal dan mudah untuk melakukan latihan. Saya akan sentiasa berinteraksi dengan menjawab segala pertanyaan mereka dan melayan pelajar supaya mereka berasa selesa dan tidak mudah bosan. Pelbagai pendekatan saya akan gunakan untuk memastikan para pelajar memahami ilmu yang diajar. Saya juga akan memberi latihan kepada pelajar sebagai pengukuhan. Saya sudi berkongsi segala ilmu menggunakan pelbagai aplikasi dan pengalaman saya kepada mereka. A+ merupakan impian seorang tutor dan juga anak-anak pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 5, Darjah 6