Profile Picture

Devi D/o *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Education (Hons)

Universiti Antarabangsa UNITAR (Telah Bergraduasi)

Seri Manjung, Perak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya bernama Puan Devi. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan. Subjek Ekonomi merupakan bidang major saya. Saya berpengalaman dalan bidang pendidikan sejak tahun 2009. Saya pernah mengajar di sekolah Rendah, sekolah Menengah serta Sekolah Swasta. Saya pernah bekerja sebagai guru ganti di sekolah Rendah Tamil.Selain itu, saya telah mengajar di sebuah Pusat Tuisyen selama 8 tahun. Sepanjang bekerja sebagai cikgu tuition, saya telah mengajar pelajar-pelajar dengan penuh dedikasi, . Saya berpengalaman mengajar subjek matematik, sains, dalam dwi bahasa. Saya mempunyai pengetahuan tentang subjek ekonomi dan perdagangan. Saya juga memberi bimbingan untuk manghadapi peperiksaan awam. Sekiranya anak anda memerlukan seorang pendidik yang berpengalaman, hubungi saya. Saya akan bekerjasama untuk menjamin kecemerlangan anak anda.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pengajaran terkini selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Saya memastikan teknik tersebut sesuai dengan keupayaan para pelajar. Tahap pelajar memahami ilmu yang disampaikan tidak sama. Oleh itu, saya peka dengan kemampuan pelajar. Saya memastikan setiap pelajar memahami pengajaran setiap sesi. Saya akan memberi peluang kepada pelajar berinteraksi untuk mengetahui penguasaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dengan teknik didik hibur. Pelajar akan lebih bermotivasi dan berminat untuk terus belajar sesuatu subjek. TEKNIK SOAL – JAWAB turut digunakan untuk mengalakkan pelajar berfikir kreatif dan inovasi. Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan internet amat disukai oleh murid. Saya akan mengajar murid teknik- teknik penting untuk cemerlang dalam pendidikan. Kejayaan anak murid merupakan tanggungjawab saya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 4, Darjah 5
Sains Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 4, Darjah 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Sains - Bahasa Tamil Darjah 6, Darjah 5
Matematik - Bahasa Tamil Darjah 5
Bahasa Tamil Darjah 4