Profile Picture

Amiratul Diyana *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Doktor Falsafah(phd) - Phd In Agriculture Technology

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Telah Bergraduasi)

Asahan, Melaka

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Diyana. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 10 bulan dalam mengajar subjek Matematik bagi pelajar sekolah menengah (tingkatana 1, 2,3 dan 4). Saya juga berkemampuan untuk mengajar subjek Sains bagi peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Saya juga merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang tegas dan sentiasa mencuba menyampaikan pendekatan yang mudah difahami dan mengikut kemampuan pelajar. Saya juga memastikan pelajar memahami teknik-teknik yang perlu dikuasai dalam menjawab soalan topik-topik tertentu. . Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan topik. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar dan selari dengan keperluan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Para pelajar juga akan diajar dan diberi latihan pengukuhan berdasarkan standard KSSM dan merangkumi topik-topik yang terdapat di dalam buku teks serta koleksi soalan peperiksaan yang lepas.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6