About Me
Saya Ustazah Aishah. Saya merupakan seorang guru dalam talian di Komuniti Quran An Najah dan seorang guru ganti di Sekolah Rendah Agama. Saya berpengalaman mengajar dalam talian selama 2 tahun. Pelbagai kursus dan bengkel teknik mengajar telah saya pelajari dan praktikal. Subjek Major yang saya mengajar adalah Al Quran, Iqra', Tajwid dan subjek bahagian agama seperti Pendidikan Islam, Akhlak dan Tasawuf. Dalam masa 2 tahun, terdapat maklum balas yang sangat positif dari ibu bapa berkaitan peningkatan bacaan dan pemahaman mereka. Sebagai guru, kita pasti ingin yang terbaik, inshaAllah.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 2 tahun ini, saya menerapkan teknik-teknik yang bersesuaian dengan pelajar. Setiap pelajar ada pendekatan yang berbeza beza. Perlu dianalisa cara dan kelemahanan mereka agar guru boleh memberi perhatian yang baik.
Teknik DENGAR, TEGUR, BETULKAN KESALAHAN DAN PUJI, adalah yang sering saya gunakan.
Teknik Latihan Pengukuhan dalam talian juga dibuat bagi memastikan kefahaman pelajar.