Profile Picture

Maizatul Nur *******

Sarjana Muda - Degree In Electrical Engineering (Utem)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Durian Tunggal) (Graduated)

Bukit Payong, Terengganu

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang graduan dalam bidang Sarjana Muda Kejuteraan Elektrik (Kepujian) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dan mempunyai kesabaran serta toleransi yang tinggi dalam mengendalikan kerenah pelajar dalam membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Saya akan sedaya-upanya dalam membantu pelajar dalam mencapai matlamat yang mereka telah impikan. Saya juga akan mencuba pelbagai kaedah pembelajaran dalam menimbulkan minat pelajar dalam pelajaran tersebut, mengekalkan perhatian dan membangkitkan ras ingin tahu agar proses pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan lebih santai. Objektif saya adalah pelajar dapat meningkatkan keputusan dalam bidang akademik dan mempunyai sahsiah yang baik serta menjadi manusia yang bermoral. Oleh yang demikian, marilah menjadi anak didik atau pelajar saya!
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang efektif sangat penting dalam menciptakan lingkungan pembelajaran yang positif dan membantu pelajar mencapai pemahaman yang baik. Berikut adalah beberapa teknik pengajaran yang bakal dilakukan:

1)TEKNIK LATIH - TUBI
-Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
-Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
-Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
-Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
-Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

2)TEKNIK SUMBANGSARAN
-Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
-Dijalankan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
-Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

3)TEKNIK SOAL – JAWAB

-Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
-Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
-Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
-Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
-Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

4)TEKNIK BERCERITA

-Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
-Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
-Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
Subject
Subject School Level

Tutor Nearby