Profile Picture

Nur Nadirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma Pascasiswazah - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Dpli)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Kuala Terengganu, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nadirah. Saya merupakan seorang tutor yang aktif, progresif dan berpengalaman selama 7 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris, Sains dan Matematik merupakan subjek minor. Berpengalaman selama 5 tahun sebagai guru Mystep di beberapa buah sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, saya diberi tanggungjawab untuk mengajar pelbagai subjek dari pelbagai peringkat. Bagi memantapkan diri sebagai seorang berjiwa pendidik, saya telah mengambil Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di UKM. Kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang dipelajari merupakan matlamat utama saya. Saya berkemahiran dalam penyusunan modul praktis yang dapat memantapkan lagi kefahaman pelajar dan seterusnya dapat membantu ramai pelajar untuk skor A subjek yang dipelajari. Saya juga sering mengendalikan kelas-kelas dalam kumpulan yang besar dari pelbagai peringkat. Saya juga sentiasa berdedikasi membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi dan motivasi diri untuk terus memajukan diri sekaligus menjadi pelajar yang berjaya. Perlukan tutor yang sangat berdedikasi membantu anak anda dalam pelajaran mereka? Jangan terlambat, boleh hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman 7 tahun sebagai pendidik, saya mengaplikasikan kaedah pengajaran yang santai; berinteraksi dengan pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa. Saya menerapkan teknik pengajaran berkonsepkan 'guru muda' di mana pelajar perlu membuat latihan untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam subjek yang dipelajari dan menerangkan semula kepada tutor. Teknik ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami pembelajaran di samping mengasah kebolehan berinteraksi dengn baik. Saya juga mengaplikasikan teknik-teknik yang berasaskan abad ke-21 sebagai alat bantu mengajar untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Saya turut mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang dipelajari. Matlamat saya adalah seiring dengan hasrat ibu bapa terhadap anak-anak mereka iaitu berjaya membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3