Profile Picture

Nor Syafiqah *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Medicine And Bachelor Of Surgery

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Klang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang doktor perubatan yang minat mengajar dan berwawasan besar untuk membantu dan mendidik anak muda agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran sekaligus masa depan mereka. Saya mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai mentor kepada lebih 100 orang pelajar sekolah, asasi/matrikulasi dan IPTA/IPTS.
Saya seorang yang peramah dan kreatif. Saya akan memastikan mentee/pelajar saya bukan sahaja bijak dalam akademik bahkan cemerlang spiritual, sahsiah dan kemahiran softskills. Saya percaya, bermula dengan ilmu yang baik,tepat dan benar, seseorang itu mempunyai potensi besar untuk dikembangkan. Percaya saya, anak anda berjaya!
In sha Allah :)

Teaching Method(s)
Pertama sekali, saya akan memastikan pelajar meminati sesuatu subjek itu sehingga tidak mampu untuk berasa bosan apabila belajar.
Saya akan menggunakan pengalaman sebagai motivator untuk memberi motivasi dan membetulkan 'mindset' pelajar.

Seterusnya, saya akan mengaplikasikan teori kepada praktikal, bersesuaian dengan personaliti pelajar.
Saya percaya, tidak semua pelajar boleh beradaptasi dengan cara belajar yang sama.
Sebelum memulakan sesi pembelajaran, saya akan menganalisa personaliti pelajar melalui 'personality test' yang akan membantu saya untuk membentuk modul pembelajaran yang spesifik bagi seseorang pelajar.

Saya percaya, belajar itu BUKAN SEKADAR duduk di dalam kelas, buka buku berjam-jam, kemudian pergi 'exam'.
Pelajar seharusnya merasai nikmat belajar yang sebenar, yang sekaligus menjadikan mereka bersemangat dan berwawasan besar.
Jom sertai saya, kita teroka bersama!
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Darjah 6
P. Islam Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 5
Sejarah Tingkatan 3, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 6, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 6
Kelas Agama Dewasa