mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Azirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Mekanikal

Universiti Malaysia Pahang (Pekan) (Telah Bergraduasi)

Permatang Pauh, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Azirah. Saya berpengalaman dalam bidang pendidikan tinggi selama 10 tahun. Saya mengendali makmal kejuruteraan disamping mengajar subjek Fizik diperingkat Diploma. Saya juga berpengalaman mengajar subjek Matematik. Saya boleh mengajar subjek berkenaan didalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Teknik pembelajaran yang saya sampaikan adalah 2 hala dan saya juga selesa untuk pelajar bertanya soalan dan kemusykilan ketika kelas. Sebelum memulakan pembelajaran saya akan pastikan pelajar faham apakah objektif and hasil pembelajan yang perlu dicapai diakhir kelas. Saya juga bersahaja ketika mengajar supaya pelajar tidak merasa tertekan.
Teknik Pengajaran
Sepanjang 10 tahun mengendalikan kelas di peringkat Diploma, saya menggunakan pelbagai teknik mengajar mengikut kesesuain dan tahap pelajar tersebut. Bagi subjek fizik, teknik aplikasi dalam aktiviti harian sangat membantu pelajar untuk memahami topik yang berkenaan. Saya juga menekankan pelajar untuk memahami apa yang dipelajari melalui video yang bersesuaian.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4