Profile Picture

Aina Syahirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Pagoh) (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aina. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi, tekun dan bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah, ceria namun tegas dalam mendidik. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka dalam pembelajaran. Saya juga suka memberikan tips yang terbaik dan berguna kepada anak didik saya dalam membantu mereka belajar serta saya juga akan membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Oleh itu, jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah saya akan menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengunakan kaedah didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan, saya akan menggunakan teknik pembelajaran secara terus agar pelajar sentiasa fokus dan melakukan terbaik dalam pembelajarannya. Oleh itu, pelbagai pendekatan saya akan gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya juga menyediakan teknik latih tubi mudah serta pantas untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Menyediakan nota yang berwarna warni juga adalah kepakaran saya bagi kelas dalam talian. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 6