Profile Picture

Nurinsyirah Binti *******

(Online & Physical)

Diploma / Stpm - Bahasa Arab

Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (Ongoing Study)

Johor Bahru, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya cikgu Insyirah. Saya merupakan bekas pelajar daripada sekolah Maahad Johor. Saya merupakan seorang cikgu sekolah agama di Taman Gaya. Minor untuk saya bahasa Arab dan pendidikan Islam di sekolah. Kemahiran saya dalam pembelajaran ialah belajar menggunakan slaid prensentation dan permainan menggunakan teknologi seperti quizz dan lain-lain lagi yang menjadikan pembelajaran tersebut seronok dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Saya juga mahir untuk memberikan motivasi kepada murid-murid agar semangat untuk belajar kerana kebanyakan murid akan down kalau selalu gagal. Oleh itu, sebelum memulakan pembelajaran saya akan memberikan kata-kata positif untuk murid-murid. Saya juga seorang yang tegas jikalau mereka tidak menyiapkan kerja-kerja yang diberikan agar dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin. Cara saya untuk mengendalikan kelas ialah sebelum memulakan kelas saya akan menanyakan beberapa soalan tentang topik yang akan dipelajari agar murid-murid akan lebih mengambil tahu tentang tajuk apa yang akan dipeljari. Selain itu, ada masa saya akan meminta murid- murid untuk membaca atau membuat latihan tentang tajuk yang akan dipelajari terlebih dahulu agar mereka mempunyai pengetahuan sedikit tentang topik yang hendak dipelajari. Menyanyi merupakan salah satu aktiviti yang saya gunakan untuk mengendalikan kelas agar murid-murid lebih mengingati tajuk yang dipelajari. Contohnya dhomair untuk bahasa arab saya akan menggunakan formula dan membuat lagu supaya murid-murid senang ingat dan fahami.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 2 tahun dalam bidang pendidikan. Saya menerapkan pelbagai teknik pengajaran kepada murid-murid agar mereka tidak bosan dalam pembelajaran. Contohnya saya akan memberikan latihan secara dalam talian seperti quiz untuk melihat tahap kefahaman murid-murid. Selain itu, saya juga menggunakan nota ringkas yang memberikan lagi banyak kefahaman kepada murid kerana kebanyakan murid tidak gemar untuk membaca nota yang terlalu panjang. Oleh itu, kebanyakan nota yang saya berikan berbentuk peta minda. Seterusnya, saya juga menggunakan kaedah menyanyi dalam pembelajaran kerana dengan kaedah itu murid-murid akan lebih faham dan ingat apa yang mereka nyanyikan. Akhir sekali, banyak teknik yang saya gunakan semasa pengajaran untuk memberikan murid-murid tersebut lebih faham apa yang dipelajari oleh mereka. Ilmu dan amal adalah visi untuk saya supaya murid-murid apabila telah memahami ilmu tersebut mereka dapat amalkan sehingga mereka besar nanti.
Subject
Subject School Level
Membaca - BM Darjah 6, Tadika
P. Islam Darjah 6, Darjah 4, Darjah 1
Bahasa Arab Darjah 6, Tadika, Darjah 1, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 2
Jawi Darjah 6
Bahasa Arab - Third Language Darjah 6
Asas Fardhu Ain Darjah 6, KAFA - Darjah 2
Mengaji - Iqra Tadika
Tauhid KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 2
Fekah KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 2
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 2
Sirah KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 5
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 2
Hafazan KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 2
Tajwid KAFA - Darjah 4
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 2
Adab dan Sirah KAFA - Darjah 2