Profile Picture

Qamra Qasrina

(Online)

Sarjana Muda - Tesl

Open University Malaysia (Ongoing Study)

Nusajaya, Johor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang anak muda yang mempunyai minat yang tinggi dalam menceburi bidang pendidikan. Saya seorang pendengar yang baik, peramah, yakin, tegas dan profesional. Saya selalu cuba untuk melakukan yang terbaik dalam segala hal, termasuk mendidik. Saya akan berusaha membimbing dan membantu anak didik saya dalam menguasai subjek dan mencapai keputusan yang cemerlang. Saya juga akan mencipta hubungan yang sihat bersama anak didik saya supaya mereka berasa gembira sewaktu belajar, yang sekaligus membuatkan mereka lebih cepat faham dan meminati subjek tersebut. Kemungkinan disebabkan latar belakang keluarga saya yang kebanyakkannya bekerja sebagai seorang guru, saya percaya saya juga mampu melakukan perkara yang sama. Bagi saya, pendidik adalah suatu kerja yang mulia dan menyeronokkan. Tambahan pula, saya sekarang sedang menyambung Sarjana Muda dalam bidang TESL di OUM. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah pelbagai, bergantung kepada situasi ataupun kebolehan anak didik. Salah satu daripadanya adalah teknik didik hibur untuk mencipta suasana pelajaran yang menarik dan selesa buat pelajar. Selain itu, saya juga suka menggunakan teknik bercerita untuk menarik perhatian mereka kerana cerita merupakan sesuatu yang digemari pelajar dan mereka sememangnya akan memberi tumpuan yang lebih. Seterusnya, teknik perbincangan/brainstorming juga saya sering gunakan untuk membolehkan pelajar berkongsi pendapat dan idea mereka yang sekaligus akan meluaskan minda mereka. Kemudian, saya juga akan menggunakan teknik kuiz dan soal jawab sewaktu sesi mengajar bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan anak didik saya.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 2