Profile Picture

Nurul Farisya *******

(Online & Physical)

Asasi/a-level - Accounting

Universiti Antarabangsa UNITAR (Graduated)

Seremban, Negeri Sembilan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi, saya Cikgu Sya. Saya merupakan seorang pelajar sarjana muda perakaunan (kepujian) di UniKL Business School dan berpengalaman menjadi tutor selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Saya suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik karangan mudah serta tatabahasa pantas untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu saya mengigati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2