About Me
Hi! Saya Cikgu Amin. Saya bermula menjadi tutor sejak sekolah menengah yang mana saya menjadi Ketua Tutor bagi tingkatan saya untuk subjek Kimia dan Matematik Moden. Saya ditugaskan untuk mendidik kawan-kawan dan junior saya dan alhamdulillah saya bangga dengan pencapaian mereka yang daripada 'C+' waktu pecubaan SPM menjadi 'A' ketika SPM. Selepas SPM, saya memasuki kelab-kelab tuisyen di area perumahan sebagai tutor. Sejak daripada itu, saya kerap mendidik dan mengajar pelajar-pelajar diwaktu lapang saya dan menjadi 'tutor bergerak dari rumah ke rumah' selama 2 tahun di Kuantan. Nak mantapkan lagi Kimia? Kimia susah? Jangan bimbang, Cikgu Amin kan ado
Teaching Method(s)
Sebagai seorang tutor, konsep saya bawakan ialah "senang faham semua ok" yang mana saya banyak mengajar menggunakan peta minda atau 'slides' bagi memudahkan para pelajar agar faham konsep sesuatu tajuk dengan lebih mendalam. Di samping itu, saya suka dalam melakukan demonstrasi kepada pelajar dalam bentuk rakaman atau bahan-bahan agar konsep dan pemafahman terhadap topik tersebut terutamanya Kimia atau Fizik dapat ditangkap dan faham oleh para pelajar akan aplikasi dalam rutin seharian.