Profile Picture

Muhammad Hairiel *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Accountancy (Universiti Teknologi Mara)

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Telah Bergraduasi)

Balai Panjang, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai semua, saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara dan kini menjawat jawatan sebagai Audit Officer di salah sebuah syarikat swasta. Dalam masa yang sama, saya juga dalam proses untuk melengkapkan peperiksaan professional ACCA. Walaupun tiada latar belakang sebagai pendidik, namun saya mempunyai pengalaman sebagai tutor semasa zaman belajar. Di peringkat sekolah dan program matrikulasi, saya menjadi tutor kepada rakan- rakan saya sehingga mereka juga dapat peningkatan dalam keputusan peperiksaan yang dihadapi. Subjek utama yang saya dapat kuasai dan menjadi tutor kepada rakan-rakan saya adalah subjek Perakaunan, Matematik, Matematik Tambahan dan beberapa subjek yang lain.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang boleh dilakukan secara dalam talian mahupun bersemuka. Oleh kerana pengajaran saya adalah untuk subjek teknikal dan praktikal, saya akan mengajar secara umum untuk penerangan dan melakukan latih tubi bersama-sama untuk membuka ruang pertanyaan soalan. Saya juga akan memberi jalan pengiraan dan formula yang mudah untuk diingati.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5