Profile Picture

Siti Nur *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Tesl (Upsi)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Kota Bharu, Kelantan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, saya Teacher Sya dan saya merupakan seorang graduat lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya berpengalaman dalam mengajar subjek major Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah selama 3 tahun. Subjek minor saya adalah seni visual dan juga muzik. Saya juga berkemahiran dalam menghasilkan bahan mengajar seperti modul dan juga kaedah pembelajaran berbentuk permainan alaf baru seperti PAK21. Minat saya adalah dalam bidang bahasa inggeris dan saya berkebolehan untuk meningkatkan minat pelajar dalam mendalami dan menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa kedua. Jika anda ingin anak-anak anda belajar untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam suasana yang menarik dan ‘fun-learning’, sila hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya berkemahiran dalam menghasilkan kaedah pembelajaran aktif dan lebih fokus terhadap ‘hands on activities’. Pembentukkan asas bahasa inggeris juga ditekankan agar pelajar dapat memahami penggunaan bahasa inggeris dengan sepenuhnya. Saya juga menerapkan ‘drilling activities’ supaya pelajar dapat mempraktikkan penggunaan bahasa inggeris dengan tepat. Saya juga berkebolehan dalam menghasilkan bahan-bahan pembelajaran mengikut kesesuaian dan keupayaan pelajar. Bukan itu sahaja, saya juga menerapkan ‘reward system’ dalam pengajaran saya untuk memotivasikan pelajar agar terus berminat dalam mempelajari bahasa inggeris.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 1, Darjah 5