mytutor_mobile
Profile Picture

Agalya A/p *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Accounting

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Telah Bergraduasi)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Agalya, graduan Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia. Saya telah mula menjalankan kelas tutoring/tuisyen saya sendiri sejak tahun 2021 untuk kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah. Saya pernah menjadi ahli program kepimpinan PAL semasa di matrikulasi dan menjadi tutor bagi subjek perakaunan untuk program fakulti pada zaman universiti. Saya biasanya mengajar Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil dalam kelas tutoring saya. Selain itu, saya juga mengajar Bahasa Tamil untuk orang dewasa supaya fasih membaca, menulis dan bertutur. Saya berharap bahawa saya boleh membantu anak anda mendapat markah yang terbaik dalam peperiksaan. Jika anda berminat, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Teknik Pengajaran
Saya mengajar sesuatu topik satu persatu dengan menekankan pembelajaran utama bagi topik tersebut. Saya memastikan pelajar dapat memahami topik tersebut dengan meminta mereka menerangkan apa yang mereka pelajari semasa saya megajar. Saya juga menggalakkan mereka bertanya soalan jika mereka tidak dapat memahami sebarang perbincangan semasa kelas kami. Selepas selesai topik, saya akan membuat kuiz untuk menguji kefahaman pelajar dalam topik tersebut. Selain itu, saya akan memberikan kerja rumah selepas setiap kelas kerana latihan adalah penting dalam proses pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Tamil Tadika
Matematik - Bahasa Tamil Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Tamil untuk SK Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Tadika
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4