Profile Picture

Muhammad Danial *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perguruan Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Kota Bharu, Kelantan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi dan Assalamualaikum, saya Cikgu Danial merupakan guru pelatih yang sedang menuntut di salah sebuah Institusi Pendidikan Guru. Bidang pengkhususan saya ialah Reka Bentuk dan Teknologi, namun, saya juga mampu untuk mengajar subjek Matematik, Bahasa Melayu (Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah) dan Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) atau Lukisan Kejuruteraan bagi peringkat SPM. Saya sedia untuk menabur bakti kepada yang inginkan ilmu.
Teknik Pengajaran
Saya suka mengambil pendekatan bersepadu dimana tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan murid supaya sesi PdP akan menjadi lebih aktif dalam mengaplikasi maklumat yang dipelajari. Pengintegrasian teknologi ketika proses PdP adalah salah satu elemen yang utama di dalam kelas saya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran saya gunakan akan berubah-ubah mengikut latar belakang murid, apa yang boleh saya katakan kemungkinan saya menggunakan kaedah perbincangan, belajar sambil bermain, demonstrasi, kuiz, projek mudah dan banyak lagi mengikut kesesuaian murid. Sekian, terima kasih. <3
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 6, Darjah 3
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 5
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Darjah 1