Profile Picture

Nur Fatinah *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master Of Human Sciences In Applied Linguistics

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Senai, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fatinah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 4 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan mempunyai pengalaman mengajar pelajar diploma selama 2 tahun. Subjek bahasa Inggeris merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Mempunyai pengalaman dalam memberikan bengkel bahasa Inggeris kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar diploma. Berkemahiran dalam penyusunan modul dan latihan yang dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar. Saya juga berkebolehan memberikan kata kata perangsang dan cara untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik supaya pelajar dapat memperaktikkan apa yang dipelajari di dalam kelas dengan yakin.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 4 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya gemar melakukan teknik mengajar secara 2 hala antara guru dan murid agar murid merasa selesa sepanjang kelas saya. Selain daripada itu bantuan media seperti tayangan video dan slide presentation juga saya gunakan supaya pelajar dapat memahami pengajaran saya dalam kelas dengan baik. Permainan interaktif dalam talian juga dapat digunakan sepanjang kelas berlangsung untuk mengelakkan pelajar lesu dan dapat mengurangkan tekanan mereka mempelajari subjek tertentu. Pendekatan peta minda merupakan kebolehan saya bergantung kepada keperluan subjek. Selain itu, terdapat juga endekatan lain yang saya gunakan sepanjang sesi kelas berlangsung.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Dewasa