Profile Picture

Nur Afiqah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Sport Science

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Sandakan, Sabah

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi, komited dan sentiasa mencuba memahami jiwa anak-anak didik saya. Hal ini kerana, saya percaya sesi pembelajaran dan pengajaran akan dapat berjalan dengan lebih efektif sekiranya kita mempunyai hubungan dan pemahaman yang baik antara pengajar dan anak didik. Oleh itu, saya akan menggunakan kelebihan yang ada untuk memastikan anak-anak didik dapat memahami apa yang diajarkan dan mampu mengaplikasikan ilmu tersebut di dalam kehidupan sebenar. Bukan itu sahaja, saya juga tahu cara untuk mengajar mereka agar tidak cepat bosan dan hilang fokus iaitu dengan berkongsi beberapa lawak ataupun fakta-fakta menarik di tengah-tengah sesi pembelajaran. Saya akan memastikan semua anak didik saya ikut serta dan aktif semasa kelas agar tidak ada satu pun yang tercicir. Oleh itu, pilhlah saya sebagai tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pengajaran yang diselangi dengan hiburan yang berbentuk video ataupun kuiz-kuiz pendek yang menarik. Hal ini penting bagi menarik minat pelajar agar mereka tidak mengantuk ataupun bosan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Setelah sesi pembelajaran berlangsung, saya akan membuat sesi soal jawab bagi menguji sejauh mana tahap kefahaman mereka terhadap sesuatu topik yang telah dipelajari. Saya menggunakan website seperti Kahoot ataupun Quiziz kerana selain daripada tampilan grafik Kahoot dan Quiziz yang menarik, pelajar juga suka apabila nama mereka berada di dalam skrin. Setelah itu, saya juga memberikan hadiah ataupun ganjaran kepada pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ke tiga didalam kuiz yang dijalankan. Bukan itu sahaja, saya juga gemar dan menyarankan pelajar untuk menggunakan sistem akronim bagi lebih memudahkan proses mengingat dan menghafal sesuatu ilmu yang telah mereka pelajari. Di samping itu, saya akan menyediakan nota yang telah saya buat menggunakan aplikasi Canva bagi tujuan edaran murid. Saya menggunakan Canva kerana fitur, grafik dan animasi di Canva adalah pelbagai dan berwarna warni dan sekaligus dapat menarik menarik minat pelajar untuk membaca nota tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BI Darjah 3
Membaca - BM Darjah 3, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Sains Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Pendidikan Moral Darjah 3, Darjah 6
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Communication & Writing Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 3
Mengaji - Iqra Darjah 6
P. Islam Darjah 6
Sejarah Darjah 6, Tingkatan 3
Asas Fardhu Ain Darjah 6
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 3
Geografi Tingkatan 3