Profile Picture

Nasuha Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Telah Bergraduasi)

Jitra, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya graduan ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal merupakan seorang tutor yang berdedikasi, komited serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya suka menerapkan suasana santai tetapi efisen dalam mencapai target yang dingini oleh pelajar secara efektif. Walaupun saya tiada pengalaman mengajar di sekolah, saya bersemangat untuk berkongsi pengetahuan dan membantu pelajar. Subjek Matematik adalah bidang yang saya minati dan saya ingin mengembangkannya dalam dunia pendidikan. Bahasa Inggeris juga merupakan bidang yang saya boleh bantu walaupun tidak sebagai bidang utama. Saya juga memiliki pengetahuan mendalam dalam Sains, Pendidikan Islam, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika anda ingin anak anda mencapai keputusan yang cemerlang dan meningkatkan keyakinan mereka, jangan ragu untuk menghubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pengajaran secara bersemuka bagi memastikan pelajar faham pelajaran yang disampaikan. Saya sangat menitik beratkan supaya pelajar dapat mengubah mindset bahawa matematik adalah satu mata pelajaran yang susah. Saya akan mengajar pelajar supaya mereka dapat memahami konsep matematik dengan baik. Saya juga menggunakan pendekatan “One step at the time” dimana pelajar tidak perlu untuk untuk cuba mengubah gred secara drastik tapi step by step supaya pelajar lebih memahami konsep dan tidak rasa tertekan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Sains Darjah 1, Darjah 2