Profile Picture

Auni Zanariah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Pendidikan Islam

Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (Telah Bergraduasi)

Ledang, Johor

Tutor Training

MyTutor X Perkeso

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, bersama saya cikgu Jana. Saya merupakan siswi lulusan Universiti Islam Sultan Ibrahim yang memegang jurusan diploma Pendidikan Islam. Saya merupakan seorang yang baru dalam menceburi bidang tutor ini. Saya menjadikan tutor ini sebagai suatu platform untuk saya berkongsi ilmu kepada murid yang sudi menyertai bersama saya disamping untuk saya tambahkan pengalaman dan kemahiran saya dalam mengajar. Saya mempunyai sedikit pengalaman dalam mendidik murid-murid di Sekolah Agama. Subjek major saya adalah Pendidikan Islam sewaktu di IPT dan major Prinsip Perakaunan sewaktu di peringkat Menengah Tinggi. Walau bagaimanapun, alhamdulilah saya juga mampu mengajar subjek Sek Rendah yang lain seperti Sains dan Matematik juga. Matlamat saya adalah untuk membantu murid-murid dalam menguasai perkara yang tertinggal atau yang terlepas sewaktu pembelajaran di sekolah berlangsung.
Teknik Pengajaran
Saya fokus kepada pengajaran bertahap Sek Rendah terutamanya dan sedikit tahap Menengah Rendah. Tujuannya agar saya dapat memberikan pengajaran dan komitmen yang baik berdasarkan kemahiran yang saya miliki. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memilih dan menggunakan teknik yang bersesuaian dengan setiap pelajar. Ini kerana tahap penerimaan bagi setiap pelajar itu sendiri masing-masing berbeza. Antara teknik pengajaran yang saya gunakan adalah berbentuk pengulangan, penerangan, penceritaan dan lain lagi. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu pelajar menguasai pelajaran dengan baik.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4
Matematik Darjah 5, Darjah 6
Tajwid KAFA - Darjah 4
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 4
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Membaca - BM Tadika