Profile Picture

Nurul Shairah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma Pascasiswazah - Diploma Pascasiswazah Lepasan Ijazah (Matematik)/ Minor Interaktif Multimedia

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Telah Bergraduasi)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, Cikgu Nurul disini. Saya merupakan graduan baharu bagi Diploma Pascasiswazah Lepasan Ijazah (Matematik) dan juga minor dalam bidang Interaktif Multimedia. Saya merupakan seorang tutor yang mementingkan anak murid saya mendapat suatu ilmu dan kefahaman bagi setiap kelas yang berlangsung agar ilmu yang mereka dapati sentiasa bertambah dan menjadikan mereka semakin cemerlang. Saya juga seorang tutor yang easy-going tetapi tegas ketika perlu. Saya juga mempunyai pengalaman baru sebagai guru di pusat tuisyen bagi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah menjawab soalan secara berterusan mengikut format terkini. Hal ini kerana, dengan menjawab soalan, murid akan lebih terdedah dengan jenis-jenis soalan dan terbiasa untuk menjawab soalan dengan baik. Selain itu, kaedah pengajaran dua hala diterapkan agar murid tidak berasa bosan dan mudah mengajukan hal yang tidak difahami mereka. Setiap kaedah pengajaran akan disesuaikan mengikut tahap dan interaksi murid.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Sains Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6