Profile Picture

Hamizah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Actuarial Science

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Sedang Belajar)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
"Saya seorang pelajar yang telah bergraduasi dalam Diploma Civil Engineering dan kini tengah mengejar Bachelor in Actuarial Science. Dalam menggalas tanggungjawab sebagai pelajar, saya juga seorang tutor sepenuh masa dengan rekod pengajaran bagi hampir 30 orang murid, terutamanya pengajaran dalam subjek Matematik di semua peringkat pendidikan. Dengan hampir 2 tahun pengalaman mengajar dari prasekolah sehingga sekolah menengah, saya membawa pengetahuan kritikal dalam bidang matematik. Kebolehan saya sebagai tutor yang berkaliber dan sentiasa menepati masa menjadikan saya pilihan yang luar biasa untuk membimbing dan memotivasikan anak-anak anda dalam mencapai kecemerlangan akademik terutamanya dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan (F4 n 5). Sebagai seorang pelajar sarjana muda dalam bidang sains aktuari, pencapaian terbaik saya adalah kejayaan dalam bidang matematik di mana saya berjaya lulus dengan cemerlang untuk subjek Kalkulus I, II, dan III menunjukkan saya berkebolehan dan mahir dalam bidang matematik terutamanya di tahap yang lebih tinggi, seperti tingkatan 4 atau 5 (SPM), kerana pengetahuan kalkulus adalah penting bagi pelajar tahap ini. Komitmen saya terhadap matematik yang mendalam dan keupayaan untuk menyampaikan konsep-konsep yang rumit dengan cara yang mudah difahami telah membantu pelajar-pelajar saya menguasai topik-topik ini dengan keyakinan. Saya percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi yang unik, dan saya berusaha untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang memberi inspirasi, menyokong pertumbuhan, dan memperkukuh kepercayaan diri mereka dalam matematik. Saya tidak hanya berfokus pada kecemerlangan akademik, tetapi juga memahami keperluan setiap pelajar secara individu. Saya berharap untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan kepada anak anda, membantu mereka mengeksplorasi dunia matematik dengan keyakinan dan kegembiraan. Anak anda lemah dalam matematik? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Dalam pendekatan pengajaran saya, saya berusaha untuk menjadikan pembelajaran matematik lebih interaktif dan mudah difahami. Saya menggabungkan konsep-konsep matematik dengan contoh-contoh dunia nyata untuk memperjelas pemahaman pelajar. Pendekatan saya yang berfokus pada pemecahan masalah membolehkan pelajar untuk mengaplikasikan teori-teori matematik ke dalam situasi kehidupan sebenar, memperkuatkan kefahaman mereka. Saya juga memupuk suasana pembelajaran yang menyenangkan dan kolaboratif, menggalakkan pertanyaan dan diskusi aktif bagi memastikan setiap pelajar dapat memahami dan menguasai konsep-konsep matematik dengan yakin
Penilaian & Maklumbalas

Pn Norlita : Matematik

Pengajar yang sangat komited

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5