mytutor_mobile
Profile Picture

Mohamad Cayrol *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Matematik

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Pelabuhan Klang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Sir Cayrol merupakan tutor matapelajaran Matematik dan Sains yang berpengalaman dalam mengajar pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah secara bersemuka dan secara dalam talian. Saya memfokuskan pelajar yang giat ingin menambah ilmu pengetahuan serta kurang memahami konsep dalam menyelesaikan setiap kerja sekolah yang dipraktikkan di sekolah dan di dalam buku latihan. Saya amat mengalu-alukan semua pelajar yang ingin meningkatkan kecekapan mereka dalam subjek Matematik dan Sains tidak mengira sama ada dalam modul Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Saya juga bersedia membantu pelajar dalam menjalankan eksperimen serta modul kuis yang dijalankan di sekolah. Inginkan peningkatan pemahaman dalam subjek Sains dan Matematik? Hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Saya lebih memfokuskan teknik dan konsep setiap subtopik serta latihan berterusan dalam meningkatkan kecekapan pelajar dalam memahami subtopik yang dipelajari. Saya boleh memahami kekurangan pemahaman pelajar dalam subjek atau subtopik tertentu dan jelas akan jalan penyelesaian bagi pemahaman pelajar. Saya percaya latihan berterusan sememangnya membantu pelajar dalam memahami dan meningkatkan kecekepan mereka dalam subjek yang dipelajari. Teknik kecergasan minda serta peta minda merupakan konsep utama saya dalam menerapkan subtopik matapelajaran bagi meningkat pemahaman pelajar dalam subjek yang dilihat sukar ini.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5