Profile Picture

Noralia Syaza *******

(Bersemuka)

Diploma Pascasiswazah - Bahasa Melayu

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Telah Bergraduasi)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Alia. Saya merupakan graduasi daripada Universiti Malaya dalam jurusan Bahasa Melayu Profesional. Saya seorang yang ceria dan juga seorang yang tegas. Saya mempunyai pengalaman praktikum dalam mengajarkan subjek Bahasa Melayu. Saya percaya setiap pelajar mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik jika saya mampu menarik minat pelajar dengan menggunakan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan mereka. Saya juga mendapat pujian daripada ibu bapa kerana mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Bahasa Melayu. Jika pelajar mahu belajar Bahasa Melayu yang menarik, jom belajar dengan cikgu Alia.
Teknik Pengajaran
Berdasarkan pengalaman mengajar, saya akan menggunakan pelbagai teknik. Hal ini demikian kerana, saya akan memfokuskan tahap penguasaan pelajar sebelum menyesuaikan teknik yang dapat membantu pelajar menguasai subjek itu. Antara teknik yang saya gunakan ialah didik hibur, kuiz, soal jawab, sumbangsaran, drama dan sebagainya. Teknik ini akan diambil kira berdasarkan topik yang diajarkan. Saya juga akan menerapkan kbat sepanjang pdpc untuk membantu pelajar meningkatkan keupayaan dan kebolehan sedia ada pada pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5