mytutor_mobile
Profile Picture

Jessica Shirley *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Computer Science And Information Technology

Universiti Malaysia Sarawak (Telah Bergraduasi)

Kuching, Sarawak

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, saya merupakan seorang Tutor yang mempunyai 3 tahun pengalaman mengajar kanak-kanak di luar bandar dalam pelbagai topik termasuk Asas ICT, Literasi Digital, Softskill dan pembelajaran asas STEM. Saya merupakan seorang yang ramah dan kreatif dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Saya akan berusaha menyampaikan konsep yang mudah difahami dan merangsang minat pelajar. Selain itu, saya turut akan memastikan fokus kepada pembangunan Softskill seperti kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis diterapkan agar ilmu pendidikan dan insaniah dapat berjalan seiring. Mari jadikan saya sebagai Tutor anda hari ini !
Teknik Pengajaran
Saya seorang tutor yang berdedikasi untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang inovatif dan berkesan dengan mengintegrasikan alat pengajaran gamifikasi dalam talian. Saya mengamalkan pendekatan yang melibatkan penggunaan platform seperti Quizzes, Kahoot, Assemblr Edu, dan WordWall dalam sesi pengajaran saya. Bahkan saya juga mahir menghasilkan Kuiz Pembelajaran Interaktif dengan hanya menggunakan PowerPoint.

Dalam usaha mendidik, saya memanfaatkan elemen-elemen permainan dan pengalaman bermain untuk meningkatkan pembelajaran dan kefahaman pelajar. Konsep gamifikasi yang saya terapkan melibatkan pemberian ganjaran, tahap pencapaian, dan elemen permainan lain untuk memotivasi pelajar. Saya percaya bahawa pembelajaran dapat menjadi lebih menyeronokkan dan berkesan apabila diintegrasikan dengan elemen permainan.

Dalam setiap sesi pengajaran, saya merancang aktiviti-aktiviti yang mencipta cabaran dan tujuan yang boleh dicapai, mirip dengan cara permainan komputer atau video. Saya mengintegrasikan elemen-elemen ini ke dalam bahan pengajaran untuk memastikan pelajar tidak hanya memahami konsep, tetapi juga merasa termotivasi untuk terus belajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Penyuntingan - Canva Asas (Basic)