mytutor_mobile
Profile Picture

Zuriyana Binti *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Senibina Landskap

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gambang) (Telah Bergraduasi)

Temerloh, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum,saya cikgu Yana merupakan seorang tutor dan pemegang degree landskap arkitek dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berpengalaman dalam mengajar kelas tuisyen utk pelajar tahun 4,5 dan 6..Sekarang masih bekerja sebagai part time tutor untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris sekolah rendah.. Saya juga berpengalaman menjadi guru ganti di sekolah menengah ..Saya juga telah berjaya membantu ramai pelajar lemah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka. Saya amat sangat gembira boleh berkongsi ilmu dan kaedah belajar bersama anak - anak murid saya agar anak murid saya dapat memahami dan mendalami apa jua ilmu yang mereka ingin pelajari.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.

Antara teknik pengajaran yang saya lakukan untuk pelajar sekolah rendah adalah dengan memperbanyakkan soal jawab berunsurkan kuiz dan menerapkan teknik "fun learning" supaya pelajar tidak merasa bosan sewaktu kelas dijalankan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5
Mengaji - Iqra Tadika