mytutor_mobile
Profile Picture

Sitti Saimah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Business (marketing)

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Putrajaya, WP Putrajaya

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Saimah. Saya merupakan seorang yang baru menceburi bidang tutor sebagai salah satu kemahiran yang ingin di buat diwaktu kelapangan dan meningkatkan kemahiran. Saya mempunyai pengalaman mendidik murid-murid Sekolah Agama dan saya yakin saya boleh mendidik pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Subjek Perniagaan merupakan subjek major saya dalam pendidikan tinggi saya, manakala Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan subjek utama dalam pendidikan Sekolah Tinggi saya. Saya masih baru dalam penyusunan modul tapi saya yakin dengan keinginan menjadi pendidik walaupun separuh masa akan menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Dalam bidang profession kerjaya saya sekarang saya mempunyai kemahiran dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan sejawatan saya dan sedikit banyak akan menjadi kemahiran yang akan saya terapkan dalam diri pelajar juga. Nak tak anak-anak anda skor cemerlang serta ada peningkatan keyakinan dalam diri? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Memberikan kepuasan para pelajar dalam mencapai pemahaman yang baik dan kecemerlangan dalam pendidikan adalah Visi saya sebagai pendidik.

Walaupun berpengalaman kurang setahun tahun dalam industri pendidikan, saya yakin saya mampu menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya akan merealisasikan teknik hibur dan `humor' dalam mendidik dalam mencapai objektif pembelajaran. Peta minda dan penulisan nota yang sistematik merupakan kemahiran saya bergantung kepada keperluan subjek untuk memastikan para pelajar memahami ilmu yang diajar.
Subjek
Subjek Tahap
Fardhu Ain Darjah 3
Mengaji - Iqra Darjah 3
Membaca - BI Darjah 3
Membaca - BM Darjah 3
Jawi Darjah 3
Communication & Writing Darjah 3, Tingkatan 1
Bahasa Melayu Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1
Bahasa Jepun Tingkatan 1