Profile Picture

Nur Amirudin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Telah Bergraduasi)

Arau, Perlis

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tenaga pengajar yang menitikberatkan keberhasilan murid dalam mempelajari sesuatu ilmu. Sekarang saya mengajar subjek bahasa Melayu di sebuah sekolah yang melibatkan murid biasa dan murid pemulihan. Saya akan sentiasa mencuba untuk membantu murid-murid sehingga mereka berjaya dan dapat memahami dan mempelajari tentang sesuatu perkara itu contohnya membaca. Saya juga suka membantu murid bersama-sama membuat penyusunan sesi pembelajaran yang sesuai supaya mereka tidak melupakan pembelajaran dalam aktiviti seharian. Pilih saya sebagai tutor dan saya akan cuba mendidik dengan sepenuh hati!
Teknik Pengajaran
Saya mengajar murid dengan menerapkan beberapa elemen penting seperti teknik yang menarik, aktiviti didik hibur dan penggunaan bahan yang pelbagai. Saya juga menerapkan elemen membantu murid memahami dan mengetahui cara untuk menjawab soalan atau menyelesaikan soalan bagi memboleh mereka memahami pembelajaran tersebut secara kendiri dan meningkatkan lagi kefahaman mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Prasekolah - 3M Tadika