Profile Picture

Nur Husna *******

(Online)

Sarjana Muda - Teaching English As A Second Language (Tesl)

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Ipoh, Perak

Institut Perguruan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang pelajar degree di Institut Pendidikan Guru yang dilatih khusus untuk menjadi seorang guru bahasa Inggeris. Saya fasih berbahasa Inggeris dan boleh menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian. Saya boleh mengajar dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Saya juga seorang lepasan SPM di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan telah mengambil sijil tahfiz. Saya juga berpengalaman dalam mengajar murid membaca Iqra dan Al-Quran. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan sangat suka mengajar murid. Saya percaya bahawa seorang guru boleh memberi kesan yang besar dalam kecemerlangan murid. Jadi, saya akan cuba untuk menarik minat pelajar dan memastikan pelajar seronok dalam sesi pembelajaran. Saya sangat komited dalam tugas saya dan seronok untuk berkongsi pengetahuan dengan anda semua!
Teaching Method(s)
Dalam mempelajari bahasa Inggeris, “fun learning” adalah amat penting kerana ia dapat meningkatkan keyakinan dan minat pelajar dalam mempelajari bahasa Inggeris. Umum diketahui, subjek ini biasanya dipandang sebagai satu subjek yang susah untuk difahami dan biasanya tidak diminati oleh para pelajar. Oleh itu, saya percaya bahawa dengan fun learning atau berhibur sambil belajar, murid dapat berhibur dalam belajar dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris. Dalam pengajaran saya, saya selalu menggunakan Slideshow supaya murid lebih mudah untuk memahami isi pembelajaran. Saya juga menyediakan nota berwarna warni untuk mereka mengulangkaji. Dalam mengajar murid mengaji Iqra dan Al-Quran, saya akan bimbing pelajar dengan teliti dan menyelitkan ilmu tajwid dalam kelas pengajian yang dijalankan. Jika pelajar dapat memhami ilmu tajwid, secara tidak langsung dapat menambahbaik bacaan dan kefahaman mereka dengan ilmu Al-Quran.
Ratings and Reviews

Wan Noor Haswana Wan Ibrahim : Bahasa Inggeris

Cara pengajaran mudah difahami dan teratur.

Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Mengaji - Al-Quran Mengaji