Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat dan tekun dalam membantu dan mendidik anak-anak murid saya untuk mencapai tahap kecermelangan yang tinggi. Saya seorang yang penyabar dalam mendidik, tidak mudah mengalah dan akan memastikan anak murid saya memahami apa yang diajar oleh saya. Saya seorang yang peramah, mudah bergaul, ramah tetapi tegas dalam mengajar. Akhir sekali, saya mempunyai pengalaman mengajar di dalam talian dan juga bersemuka. InsyAllah, saya cuba yang terbaik dalam mendidik anak-anak murid saya.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pengajaran secara santai, tidak terlalu laju. Saya akan memastikan anak murid saya memahami terlebih dahulu apa yang dipelajari, kemudian beralih dengan topik yang baharu. Saya juga menyediakan bahan-bahan pelajaran yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan anak murid.