Profile Picture

Muhammad Azrull *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Doktor Falsafah(phd) - Kewangan

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Sedang Belajar)

Beranang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum salam sejahtera. Saya Cikgu Azrull. Saya merupakan seorang tutor yang komited terhadap kecemerlangan pelajar saya. Saya berpengalaman selama 6 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu, Matematik dan Matematik Tambahan, Sains dan bahasa Inggeris merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam subjek Sejarah, saya telah menyediakan teknik untuk faham dan ingat dengan menyenaraikan pelbagai formula untuk mudah diingati. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga merupakan pelajar PhD yang khusus dalam bidang kewangan dan perakaunan. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 6 tahun dalam industri pendidikan dan penyelidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Bagi saya, setiap soalan yang diajukan merupakan soalan yang bernas. Dalam kita menuntut ilmu, haruslah sentiasa bertanya kerana saya sangat suka membuat sesi soal jawab sejurus tamat sesi pembelajaran pada hari tersebut. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik F2A yang digunakan untuk semua subjek setakat ini sangat membuahkan hasil serta memberi impak positif kepada pelajar saya dalam pelajaran. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4
Membaca - BM Darjah 1
Membaca - BI Darjah 1
Bahasa Inggeris Darjah 6
Sains Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 6, Tingkatan 2
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Geografi Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Fekah KAFA - Darjah 6
MUET Dewasa
Matematik Tambahan Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 5
Perniagaan Universiti - Diploma
Akaun Universiti - Diploma