Profile Picture

Nur Adila *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Matematik

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Dungun, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Adila. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan mempunyai pengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah (menengah rendah). Subjek Matematik merupakan subjek major saya. Saya suka membantu anak didik saya untuk fahamkan subjek Matematik ini dengan menggunakan pelbagai cara supaya lebih mudah faham dan ingat. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Sebagai graduan Matematik, saya telah diterapkan dengan pelbagai teknik pembelajaran yang menarik. Selain dapat menarik perhatian pelajar untuk lebih fokus ketika belajar, teknik-teknik yang saya aplikasikan dapat menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menyeronokkan. Antara pendekatan yang sering saya gunakan adalah penggunaan teknik penceritaan untuk menghubungkan matematik dengan kehidupan harian, serta untuk dijadikan contoh supaya para pelajar lebih faham, serta teknik akronim untuk memudahkan hafal formula. Teknik-teknik ini meningkatkan lagi keberkesanan proses pembelajaran kerana ianya mengelakkan proses pembelajaran pasif.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6